Saturday, October 30, 2004

Puasa

Benarlah puasa ini banyak hikmahnya. Cuma antara kita tidak dapat menilai yang manakah dalam hikmah-hikmah itu telah kita miliki. Insyaallah Ramadhan kali ini pada sepuluh yang terakhir aku telah memohon cuti. Aku akan cuba untuk memenuhi tuntutan rohani sejak sekian lama.
Tadi Pak Hamzah datang untuk confirmkan, esok aku dah booking 30 bungkus bubur lambuk. Aku dah bayar RM50. Pak Hamzah dah pencen. Dia memang terkenal dikalangan kami kerana dia adalah salah seorang ahli kariah Mesjid Kg. Baru yang pakar buat bubur lambuk. Aku booking bubur lambuk tu untuk moreh surau.
Kalau-kalau teringin nak makan bubur lambuk bolehlah hubungi Pak Hamzah 019-2204452

Friday, October 29, 2004

Perkenalan

Apa juga yang terpendam dalam kejauhan sentuhan rasa ini aku semakin keliru dengan pertemuan. Kerana serasakan ada kejanggalan pada satu keserasian yang dipaksakan. Bukan mudah untuk mencipta satu keagungan yang pasti keterbukaan ini mengakhiri kesabaran juga.


free hit counters