Thursday, November 15, 2007

Melawat Sabah




Muzium Negeri Sabah









Kerang di Sabab besor-besor yob!!









Universiti Malaysia Sabah








Lobster !!! Hidup-hidup lagi tuu..



Faisal tengah buka kerang gergasinya dengan pisau,
hilang akal apa ke??




Macam tak pernah naik kapalterbang....pelik..
Tapi sebenornya yob, tengah menikmati keindahan alam ciptaan Allah yang maha luas.....fikir-fikir jugak, kalau aku jatuhlah la ni...agak-agak orang kampung jumpa dak cermin mata aku sebagai mailto:bukti..???@#$%^&&^%

Gambar anak-anak



Isteri dan anak bongsu kami Nurainol Syawal















Solleh dihadapan Surau Al-Hijrah Tmn Bolton
Superboy & Birdboy from Bolton




Army from Jihad Mat Selangor









Konvokesyen 2007










Alaf Hakimi dan Syawal
Giant Batu Caves
Syawal Sport Day





Rebutia Camp
Luqman dan Solleh, semasa Kem Pengakap
Sekolah Sri Al-Huda








Hakimi dan Syawal
Boring!! tunggu Walid nak pergi
klinik...tido lagi baik..








Wednesday, November 14, 2007



Inilah Sg Kampung Kuantan, Kuala Selangor.
Di sini terkenal dengan "Kelip-kelip", iaitu sejenis binatang yang mengeluarkan cahaya pada badannya. Ia akan kelihatan lebih jelas ketika waktu malam yang betul-betul gelap.

Di sungai ini jugalah, menyimpan rahsia, bagaimana arwah Pak Wail telah menghembuskan nafasnya ketika sedang mengambil wuduk untuk solat zohor.

Sungai yang mengalir lesu ini juga mempunyai 'sang nga-nga' yang pernah mengganas suatu ketika dahulu. Namun kini telah lama tidak mengganas. Cuma sesekali ada juga cerita-cerita tentang mereka yang terserempak dengannya. Walaupun kelihatan airnya mengalir lesu, namun apabila hujan turun, sungai ini akan berarus deras dan membawa pelbagai khazanah dari sampah sarap sehinggalah kepada batang-batang pokok yang boleh membahayakan sekiranya kita berada didalam sampan. Sungai yang kini mulah terkenal diseluruh dunia, pernah merakamkan seribu satu cerita suka dan duka orang-orang terdahulu yang menggunakan sungai ini sebagai jalan utama mereka dan sebagai tempat mereka mencari rezeki.
Di tebing sungai ini, suatu ketika dahulu sibuk dengan orang-orang kampung mengayam atap nipah untuk dibuat bumbung rumah. Dan aku masih ingat Tok Menah mengajar aku mengayam atap nipah dengan upah lima sen satu atap yang telah siap.

Aku juga pernah dimarahi Tok Itam Kasim, ketika memancing bersama Pak Ayob.Ikan yang paling senang diperolehi ialah ikan baung, gelama sungai dan udang galah. Terdapat juga ikan kecil yang kami panggil ikan todak yang boleh ditangguk. Tetapi satu jenis lagi binatang yang paling cepat mengena mata kail anda sekiranya memancing di sungai ini ialah....tuntung !!! Peehhh..., sekiranya anda mengail selama dua jam, sudah barang tentu anda akan mendapati tuntung memakan umpan anda lebih dari dua kali, percayalah. Ikan baung yang biasanya kami perolehi akan diberikan kepada Tok Menah, Tok Uda, Tok Anjang dan emak-emak saudara kami yang ramai tuuu. Mereka akan memasakkan kami ikan baung masak lemak cili api atau masak asam pedas...Puuhhhh!! meleleh beb...tapi itu cuma tinggal kenangan...kini yang tinggal hanyalah...tapak-tapak rumah yang agak sukar untuk dikenal pasti.
Meriahnya sungai ini adalah ketika Hari Raya. Pernah suatu ketika aku bersama sepupu dan bapa saudara, diantaranya Man Mak Unggal, Radhi, Zakir, Mokhtar, Kibat & Sham Along nekad menggunakan sampan untuk pergi ke rumah Pak Ulong Joned di Kg Kedah. Nak dijadikan cerita, kami nyaris-nyaris hanyut, apabila nakhodanya ramai dan pendayungnya pula tidak mahir....maka riuh rendahlah Sungai Kampung Kuantan itu dengan suara emak-emak saudara yang melihat dari atas jeti Pak Ulong Joned (dipanggil 'bom' kini sudah tiada)risau melihatkan kami ditengah-tengah sungai tersebut...Alhamdulillah semuanya selamat....selamat patah balik ke jeti.

Ahhh!!! sungguh kenangan itu tidak mungkin aku lupakan sehingga akhir hayat.....

EMAK





























Emak
Emak kini sudah tidak banyak bercakap
emak juga sudah banyak mendiamkan diri
tidak seperti dahulu
emak akan bercerita
cerita tentang rasa dan pendaman suararasa
yang tidak dapat diluahkannya
kerana emak tinggal seorang....kepada siapa yang hendak ia luahkan suararasanya
pada dinding?pada kipas siling?pad ikan yang tidak mengerti terkurung terasing?
seperti emak......
Emak juga sudah tidak lagi masak banyak lauk
emak masak satu jenis saja
nampak benar emak berubah.....emak tidak seperti dulu...
kalau masak, mesti penuh meja...paling sedap, masak asam pedas ikan kembungnya...
mask lemak cili api ikan keli...buat kami tersandar kekenyangan....
Aku sendiri dapat merasai....emak sudah tidak semesra dulu..
Apakah emak mengkelan sesuatu...apakah emak terkilan sesuatu...
atau sesuatu telah mengguris hatinya...
atau sesuatu telah melukai batinnya...
Ah!! Emak...terlalu sukarnya kami mengerti....
mugkin kami terlalu berhati-hati.....
sehingga tidak sanggup menjadi anak yang menderhakai...
Emak!!Emak!!Emak!!
Seandainya ada pahala atas setiap amal ibadat kami....
kami serahkan semuanya untuk EMAK....
Kami tdak tahu apa yang ada dalam dada emak yang terbuku...
dan kami tidak pernah bertanya...
Ampunkan kami EMAK!!!
tiada upaya kami kesyurga tanpa keredhaanmu EMAK...
EMAK!!
EMAK!!


free hit counters