Monday, December 17, 2007

Satu-satunya Rumah Kita











Satu-satunya Rumah Kita

Rumah kita kelihatan teguh tetapi rapuh

tidak berhati-hati bila-bila saja runtuh

anai-anai semakin banyak didalamnya

kitalah yang bersalah

membiarkannya berleluasa

sehingga kerakusan saban hari

semakin marak berapi

serangan terkini ialah

tiang seri yang tegak berdiri

nampaknya masih ada

hanyalah tapak asal rumah ini

itupun telah retak di sana-sini

pagar mengelilingi yang diharap dapat melindungi

kiranya pagar yang makan padi.

Sementara anai-anai

bermaharajalela di dalamnya

diluar ular lidi pula menjadi naga bercabang lidah

menunggu saja untuk menyambar apa yang ada

Sementara semua itu terjadi

kita penghuni di rumah ini

ada yang bertelagah sesama sendiri

ada yang hanyut dalam angan-angan dan mimpi

ada yang diadu domba tanpa disedari

ada yang leka bergendang dan asyik menari

ada yang terus menghimpun

harta dari punca diragui

sekali-sekali saja kita menyalak

itu pun bila digertak

Nyalakan yang nyaring

tidak lagi digeruni

mereka penuh yakin

kita tidak bertaring lagi

yang tinggal hanya gusi.

Inilah satu-satunya rumah kita amanah Allah

tiada faedah berdegur-degar berpidato

tanpa berbuat apa-apa

cukuplah mendabik dada berbangga

rumah ini tanpak gagah zahirnya saja

hakikatnya sudah banyak yang rapuh

yang lapuk, yang lekang

jika masih jua tidak peka tidak dikekang

masanya akan tiba

kita tuan hanya pada nama

tiada lagi bertakhta.

HABSAH HASSAN

TTDI, Selangor

.....Sesungguhnya sajak diatas mempunyai seribu satu metafora yang terlalu mudah untuk dihayati. Ianya melingkunngi setiap penjuru kehidupan di dalam negara ini sendiri. Kita akur dan mengerti sajak yang di tulis oleh penulis lirik lagu tersohor ini punya maksud peribadi, hasil dari menyelongkar rahsia serta penghayatan teliti yang beliau telusuri. Inilah rumah kita....inilah bangsa kita....inilah negara kita yang semakin hari semakin menyembah bumi...jadi apakah yang seharusnya kita lakukan....Tepuk Dada tanya batu jemala....

Monday, December 10, 2007

Cuti Sekolah


Cik Lee tengah bakaq ikan
kat Ulu Yam...
Dulu...Kini....dan selamanyalah
dokkkkkkk bakaq ikan....he..he..he..

Ahli SUMOLAH tengah bersantai
sambil 'lunch'...bertuah leee badan..
Hari kami berkelah di Ulu Yam, orang yang paling seronok ialah Pak... tu dia aih..."Sotong ada!!" aku pun dengan pantas mendapatkan Cik Lee.."Sotong!! sotong bakaq ada tak, Pak nak la ni...." kataku yang secara tidak langsung mendapat markah lebih dari Ramlee...he..he..




Dua anak dara di pinggiran kali sedang menjamu seleraaaa







Ahli SUMOLAH.....







Anak-anak menakan.....






Kan dah kata...orang paling seronok tu dia..hah..dok berendam...tu dok suruh ambik gambaq dia la ni.....semoga Pak terus sihat walafiat...dan semoga kami tidak lagi panik dengan kejadian petang sebelum Raya Puasa 2007...



Mak Cik, juga antara orang yang bertungkus lumus menyediakan 'lunch' kami bersama ayaq asamnya...untuk cicah udang dan sotong bakaq...




Salah seorang ahli Sumolah tengah mencari saki baki ikan yang tinggal dalam sungai Ulu Yam...






Ini pulak semasa menziarahi Paklang Nordin di Batu Pahat....tuu nampak tak Cik Lee tengah bakor ikan...kan dah inform tadi..dulu..kini...selamanyalah hang bakor ikan nooo...







Ini adalah anak-anak cilik yang pintar dan cerdik....kot-kot siapa yang dok berkenan yang buat calon, baik booking kat saya....






Mak Lang dah tak sabor nak makanlah tuuu...tunggu sat yea mak Lang, sat ni Chief Lee baru nak hidupkan api...selepas sejam..api tak hidup-hidup....sabor no Mak Lang...









Syawal kat atas tugu lembing di pantai Teluk Batik






Hari Keluarga Perpustakaan UIAM
di Teluk Batik, Lumut Perak.
Ni baru balik dari mandi kolam 3 jam berendam, kecut satu badan.....




free hit counters