Monday, March 07, 2005

Berikanku kekuatan

Ya Allah,
Berikanku kekuatan lahiriah dan batiniah
kekuatan mental dan fizikal
kekutan rohani dan jasmani
berikan aku kemurahan rezekiMu
rezeki yang halal lagi berkat
hanya padaMu jua Ya Allah
aku bertawakkal dan berharap
Sesungguhnya tiada daya dan upayaku
mengemudi bahtera kehidupan ini
hanya bantuan dan limpah kurnia dariMu jua
yang memberikanku kekuatan
Mudahkan Ya Allah urusan duniaku
agar mudah pula aku berurusan untuk akhirat
Kalau tidak keranMu Ya allah
sudah lama bahtera ini karam
dalam lautan yang mengganas menggila
ibarat tsunamiMu yang memusnahkan segalanya
Hanya sabar dan tawakkal sahaja yang masih tinggal......
Ya Allah berikanku ketenangan
dalam mengendalikan haluan bahtera ini
haluan yang Engkau redhai
Aku pasti untuk yang kesekian kalinya ini
aku redha dengan ketentuanMu
Aku Pasrah!!!!!

Tuesday, March 01, 2005

Inilah kehidupan

Memang sukar mendidik anak untuk mengikut acuan aku sendiri. Aku juga kalut dengan kehidupanku sendiri. Dengan kewangan yang terhad, aku sedaya upaya juga mengurangkan perbelanjaan. Aku sudah lama tak bertukar baju baru. Minum pagi dan makan tengahari aku makan biskut cicah air di ofis. Belanja minyak petrol saja menjangkau 400 sebulan. Sewa rumah 400, yuran sekolah Luqman dan Solleh 290. Nasib baiklah aku punya isteri yang tak kedekut. Dialah yang banyak membantu. Kehidupan pun rasa terdesak dan mendesak kini. Masalah kewangan menghantui setiap saat. Hanya ketabahan dan doa kepada Allah sahaja yang menguatkan iman.


free hit counters