Tuesday, March 01, 2005

Inilah kehidupan

Memang sukar mendidik anak untuk mengikut acuan aku sendiri. Aku juga kalut dengan kehidupanku sendiri. Dengan kewangan yang terhad, aku sedaya upaya juga mengurangkan perbelanjaan. Aku sudah lama tak bertukar baju baru. Minum pagi dan makan tengahari aku makan biskut cicah air di ofis. Belanja minyak petrol saja menjangkau 400 sebulan. Sewa rumah 400, yuran sekolah Luqman dan Solleh 290. Nasib baiklah aku punya isteri yang tak kedekut. Dialah yang banyak membantu. Kehidupan pun rasa terdesak dan mendesak kini. Masalah kewangan menghantui setiap saat. Hanya ketabahan dan doa kepada Allah sahaja yang menguatkan iman.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


free hit counters