Thursday, October 20, 2005

Wirid

Semalam 19.10.05, Mokhtar telefon anaknya kena bedah jam 5 petang. Sakit angin pasang. Selepas habis kerja dan ambil anak-anak serta orang rumah, aku meredah hujan menuju ke Pusrawi Jln Ipoh. Jalan tidaklah terlalu jem. Sampai di sana aku lihat staff Pusrawi sedang sibuk menghidangkan juadah berbuka untuk semua termasuk pelanggan mereka. Meriah sungguh rasanya. Alhamdulillah dapat berbuka free dengan anak-anak! Semasa nak ke tingkat 7 di hadapan lif aku terserempak dengan Ust Fauzi yang selalu jadi MC AL Kulliyyah. Sama-sama nak ke surau. Surau tu kecil. Sampai je dah penuh orang tengah solat. Tunggu lebih kurang lima minit imam beri salam. Yang tak seronoknya, imam tu lanjutkan dengan wiridnya. Aku pun tak senang hati, dahlah lewat sembahyang ni...pulaktu maghrib habis awal!...lantas aku memandang Ust Fauzi yang juga sedang berdiri menunggu. Aku jeling je ust dah faham...aku pun terus ke saf pertama dan 'qamat' dengan agak kuat. Eh!...perasan pulak imam yang tadi tu, dia terus bangun dan blah.....Apa yg nak aku utarakan ialah, aku bukan tak bagi dia wirid, wirid tu kan sunat je, kami yang menunggu ni tak sembahyang wajib lagi!!! peristiwa ni sama jelah ketika aku dalam perjalanan ke utara. Singgah solat di R&R Tapah. Orang nak sembahyang wajib dia sebok nak berwirid panjang-panjang....wirid je lah kat rumah. Entahlah kekadang ni kita selalu memikirkan kita saja nak masuk syurga, orang lain lantaklah......

Benarkah ini penantianku selama ini?

Sebenarnya aku telah lama memendamkan keinginanku untuk kembali aktif di arena penulisan kreatif. Namun akibat kelangsungan masa yang memenatkan dan memasghulkan menjadikan hasrat itu terbungkam jauh dan semakin jauh. Pernah suatu ketika baru-baru ini aku cuba menghasilkan sebuah novel. Baru tiga mukasurat. Ini juga mungkin kesilapan aku. Terlalu awal mendedahkan sinopsis novel itu kepada isteriku. Akhirnya kupendam luka nestapa apabila kutukan dan cemuhan yang dilemparkan sungguh mengguris kalbuku atas novel yang ingin aku hasilkan. Aku mengharapkesilpan dan kekhilafan ini tidak akan berulang untuk kali keduanya.
Atas cadangan adikku aku melangkahkan kakiku ke PTS. Salah sebuah syarikat penerbitan yang terletak bersebelahan Giant Tmn Melawati. Hajat asalku hanya menurut sahaja ajakan adikku itu. Tidak lebih dari itu. Namun apabila aku dipertemukan dengan Farish, Pn Ainon dan Ust Arieff hasrat hati bercambah mekar dijambangan rasa. Kerinduan kepada rakan-rakan penulis yang dulu-dulu terubat jua. Aku di minta untuk mejadi penulis PTS bagi menghsilkan beberapa projek mega mereka. Aku tidak kata setuju. Sebaliknya aku lebih banyak bertanya terutama dengan pemilik PTS itu sendiri, iaitu Pn Ainon. Seronok rasanya dapat bertegang urat marikh dgn Pn. Ainon. (Terimaksih Puan!!! kerana memanggilku kambing!!!) Mungkin bosan agaknya kerana terlalu banyak persoalan yang diajukan! Bagaimana tidak! Di sini, di PTS segalanya berubah. Sistem penulisan juga hampir kesemuanya di ubah. Mereka membawa perubahan yang begitu memberangsangkan mindaku untuk berkongsi pandangan. Akhirnya aku bermunajat kepada Allah pada malamnya. Mungkinkah ini titik tolak atau satu dari titik-titik yang akan menokhtahkan penantianku? Insyaallah aku akan cuba melakukan yang terbaik kali ini. Aku akan serius dengan bidang ini. Kerana hanya bidang ini yang benar-benar dapat aku tanggapi sebaik mungkin untuk jangkaan panjang. Aku berdoa agar kemelut kekontangan penghasilan karyaku akan berakhir di sini. Di PTS......
Buat Puan Ainon;

Sanggul bersulam mahkota dara
jatuh setangkai menimpa riba
hasrat terpendam kini membara
bertemu puan terasa hiba

Apa disuluh bulan persada
jalan kelam tidak bercahaya
hasrat menggunung membungkam dada
mohon petunjuk puan yang mulia


free hit counters