Benarkah ini penantianku selama ini?
Sebenarnya aku telah lama memendamkan keinginanku untuk kembali aktif di arena penulisan kreatif. Namun akibat kelangsungan masa yang memenatkan dan memasghulkan menjadikan hasrat itu terbungkam jauh dan semakin jauh. Pernah suatu ketika baru-baru ini aku cuba menghasilkan sebuah novel. Baru tiga mukasurat. Ini juga mungkin kesilapan aku. Terlalu awal mendedahkan sinopsis novel itu kepada isteriku. Akhirnya kupendam luka nestapa apabila kutukan dan cemuhan yang dilemparkan sungguh mengguris kalbuku atas novel yang ingin aku hasilkan. Aku mengharapkesilpan dan kekhilafan ini tidak akan berulang untuk kali keduanya.
Atas cadangan adikku aku melangkahkan kakiku ke PTS. Salah sebuah syarikat penerbitan yang terletak bersebelahan Giant Tmn Melawati. Hajat asalku hanya menurut sahaja ajakan adikku itu. Tidak lebih dari itu. Namun apabila aku dipertemukan dengan Farish, Pn Ainon dan Ust Arieff hasrat hati bercambah mekar dijambangan rasa. Kerinduan kepada rakan-rakan penulis yang dulu-dulu terubat jua. Aku di minta untuk mejadi penulis PTS bagi menghsilkan beberapa projek mega mereka. Aku tidak kata setuju. Sebaliknya aku lebih banyak bertanya terutama dengan pemilik PTS itu sendiri, iaitu Pn Ainon. Seronok rasanya dapat bertegang urat marikh dgn Pn. Ainon. (Terimaksih Puan!!! kerana memanggilku kambing!!!) Mungkin bosan agaknya kerana terlalu banyak persoalan yang diajukan! Bagaimana tidak! Di sini, di PTS segalanya berubah. Sistem penulisan juga hampir kesemuanya di ubah. Mereka membawa perubahan yang begitu memberangsangkan mindaku untuk berkongsi pandangan. Akhirnya aku bermunajat kepada Allah pada malamnya. Mungkinkah ini titik tolak atau satu dari titik-titik yang akan menokhtahkan penantianku? Insyaallah aku akan cuba melakukan yang terbaik kali ini. Aku akan serius dengan bidang ini. Kerana hanya bidang ini yang benar-benar dapat aku tanggapi sebaik mungkin untuk jangkaan panjang. Aku berdoa agar kemelut kekontangan penghasilan karyaku akan berakhir di sini. Di PTS......
Buat Puan Ainon;
Sanggul bersulam mahkota dara
jatuh setangkai menimpa riba
hasrat terpendam kini membara
bertemu puan terasa hiba
Apa disuluh bulan persada
jalan kelam tidak bercahaya
hasrat menggunung membungkam dada
mohon petunjuk puan yang mulia


0 Comments:
Post a Comment
<< Home