Tuesday, April 19, 2005

Ust Hj. Bachok Hj Sayuti

Ust Bachok telah meninggal dunia pada 19.4.05 jam 11.30 malam di rumahnya di AU 3 Keramat.Jenazahnya di sembahyangkan di surau Al Ehsan, Keramat. Dikebumikan di Johor. Somoga Allah meredhainya. Ust Bachok adalah antara tok guru yang pernah aku belajar darinya, fardhu 'ain, fekah dan tajweed dengan lebih mendalam. Beliau merupakan antara orang-orang yang mudah didekati. Suka bergurau dan kalau rajin boleh mendapat ilmu yang lebih dalam lagi, walaupun sambil sembang-sembang di kantin. Van putihnya yang agak uzur itu jugalah menjadi pejabat bergeraknya. Aku juga pasti Razak, Adanan, Ramli, Nazrani, Mokhtar dan rakan-rakan yang lain sudah tentu merindui Ust Bachok. Sesungguhnya aku benar-benar kehilangan seorang tok guru yang rapat dan faham kerenah kami. Paling akhir aku belajar talaqi dengan Ust Bachok ialah penghujung tahun 2004. Sempat juga makan tengahari dengan beliau bersama Hj Osman Samat dan Abg Razak. Sehingga ke hari ini suaranya masih terngiang-ngiang di telingaku. Kukucup dahi sejuk Ust Bachok, dengan doa dan harapan, semoga Allah redha atasnya....Amin. Al-Fatihah.

Redup matamu memilu kalbuku
seru dan bingkas amarahmu, mematangkanku
kan ku pakukan kejap rapat di setiap lorong darah nadiku
lautan ilmu Allah yang kau sisipkan

Tragis sungguh pemergianmu
kehilangan ini semakin menerjah kenangan
siapalah aku yang akan mewarisi ilmumu
untuk ku telusurinya pula buat anak-anakku

anak-anakku kan kumaklumkan...
bahawa kau
adalah
obor yang pernah menyuluh
malam kelamku suatu waktu dulu

terimakasih segalanya
semoga Allah
Meredhaimu
Ust Hj Bachok bin Hj Sayuti
Amin ya rabbal a'lamin..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


free hit counters