Thursday, December 29, 2005

Susah kalau tak ada pembantu rumah

29.12.05
Esok Jumaat. Minggu depan dah mula sekolah. Rasa lega yang teramat sangat. Bukan lega sebab lepas jumaat, sabtu boleh cuti. Tapi lega coz, masalah anak-anak. Anak aku 2 orang yg darjah 2 dan 3 tu cuti sekolah. So dia pun hari-hari pergi kerja ikut aku ke ofis. Di ofis aku, bukan setakat anak, orang rumah pun duduk kat ofis, sebab cuti belajar. So sementara tunggu kelas tu, lepak dulu kat ofis aku. Jadi ofis aku ni, dah jadi macam rumah sendirilah!!! Ada jugak aku perasan kengkawan yang semacam tak puas hati tengok aku bawa anak kat ofis. Lantak doranglah. Selagi aku tak dipanggil untuk tunjuk sebab, aku peduli apa. Cuma kekadang tu rasa bersalah juga bila nengok anak-anak berlari-lari dalam pejabat. Terjerit-jerit kat luar tu! Dah suruh baca buku. Bolehlah tahan 15 minit. Lepastu lesap entah ke mana. Paksa buat hafazan....adalah dua, tiga baris...tahu-tahu dah berdengkor! Inilah kehidupan aku! nak buat macam mana. Ada juga orang tanya kat isteri aku, tak ambil pembantu rumah ke? So isteri aku tanya aku. Aku jawab satu ayat je!. Dari ambik pembantu rumah baik aku ambik orang rumah satu lagi! Sampai la ni isteri aku tak sembang nak cari pembantu rumah. Bukan apa......omak den dulu pun tak ambik pembantu rumah. Limo anak dio sihat-sihat joo. Aku pun tak suka dan tak nak biasakan hantar anak kat mak aku tu. Mak aku dulu pun tak pernah hantar anak dia kat rumah orang. Dari kecik sampai besar panjang dia yang uruskan. Aleh-aleh aku pulak nak hantar cucu dia suroh dia jaga. Penat besarkan ku tak habis! nak jaga cucu pulak! Aku masih ingat masa kecik-kecik dulu, sebelum abah dan mak aku pergi kerja, dia akan tinggalkan duit untuk beli ikan dan sayur. Aku pulak sekolah petang. Lepas beli ikan dan sayur di kedai cikgu Husin, aku akan siang ikan tu dan simpan dalam peti ais. Emak aku balik dalam pukul 10 pagi. Dia akan masak untuk makan tengahari. Dalam pukul 12 tgh aku ke sekolah. begitulah rutin hidup aku dulu. Abah dan emak ajar aku berdikari. Tak menyusahkan org lain. Tapi aku tak tahu anak-anak aku kelak akan menyusahkan sesiapa pulak? Harap-harap dia juga tak menyusahkan, malah membantu orang lain pulak. Amin.....

Tuesday, December 27, 2005

Tsunami

Hari ini 27.12.05. Genap setahun kejadian tsunami berlaku. Banyak berita2 nakal yang mengembar-gemburkan kejadian akan berlaku lebih buruk lagi menjelang Krismas. Namun sehingga tulisan ini ditulis, tiada berita2 terbaru yang tersiar. Melainkan berita2 banjir yang agak luar biasa yg berlaku di utara semenanjung.


Pada 16.12.05 lepas Major / Kak Rubi jiran selang sebuah rumah berpindah ke Jitra. Agak terasa juga kehilangan mereka. Anaknya Mamat dan Fatin rapat dgn anak2 aku. Kak Rubi pulak rajin sembang dan tahan bergurau. Dialah kawan isteri aku yg paling rapat kat rumah tu. Pulak tu kak Rubi rajin masak, banyaklah juadah yang kami sekeluarga dapat rasa. Rindu ngan nasi lemak Kak Rubi. Major juga baik orgnya. Cuma kekadang tu gurauannya agak kasar. Tapi aku tak pernah ambil hal. Insayaallah raya haji nanti kami akan ke rumah mereka kalau sana tak banjir.

Sebenarnya teringin juga berpindah ke Kedah. Biarpun Kedah dah tak macam dulu, pekan Sg petani pun dah pandai jemmm..tapi tak seteruk di KL. Letihhh...anak aku besar dalam kereta je lah...kalau ada rezeki anak-anak, hendak juga beli tanah kat sana. Buat bekalan dihari tua..


free hit counters