Susah kalau tak ada pembantu rumah
29.12.05
Esok Jumaat. Minggu depan dah mula sekolah. Rasa lega yang teramat sangat. Bukan lega sebab lepas jumaat, sabtu boleh cuti. Tapi lega coz, masalah anak-anak. Anak aku 2 orang yg darjah 2 dan 3 tu cuti sekolah. So dia pun hari-hari pergi kerja ikut aku ke ofis. Di ofis aku, bukan setakat anak, orang rumah pun duduk kat ofis, sebab cuti belajar. So sementara tunggu kelas tu, lepak dulu kat ofis aku. Jadi ofis aku ni, dah jadi macam rumah sendirilah!!! Ada jugak aku perasan kengkawan yang semacam tak puas hati tengok aku bawa anak kat ofis. Lantak doranglah. Selagi aku tak dipanggil untuk tunjuk sebab, aku peduli apa. Cuma kekadang tu rasa bersalah juga bila nengok anak-anak berlari-lari dalam pejabat. Terjerit-jerit kat luar tu! Dah suruh baca buku. Bolehlah tahan 15 minit. Lepastu lesap entah ke mana. Paksa buat hafazan....adalah dua, tiga baris...tahu-tahu dah berdengkor! Inilah kehidupan aku! nak buat macam mana. Ada juga orang tanya kat isteri aku, tak ambil pembantu rumah ke? So isteri aku tanya aku. Aku jawab satu ayat je!. Dari ambik pembantu rumah baik aku ambik orang rumah satu lagi! Sampai la ni isteri aku tak sembang nak cari pembantu rumah. Bukan apa......omak den dulu pun tak ambik pembantu rumah. Limo anak dio sihat-sihat joo. Aku pun tak suka dan tak nak biasakan hantar anak kat mak aku tu. Mak aku dulu pun tak pernah hantar anak dia kat rumah orang. Dari kecik sampai besar panjang dia yang uruskan. Aleh-aleh aku pulak nak hantar cucu dia suroh dia jaga. Penat besarkan ku tak habis! nak jaga cucu pulak! Aku masih ingat masa kecik-kecik dulu, sebelum abah dan mak aku pergi kerja, dia akan tinggalkan duit untuk beli ikan dan sayur. Aku pulak sekolah petang. Lepas beli ikan dan sayur di kedai cikgu Husin, aku akan siang ikan tu dan simpan dalam peti ais. Emak aku balik dalam pukul 10 pagi. Dia akan masak untuk makan tengahari. Dalam pukul 12 tgh aku ke sekolah. begitulah rutin hidup aku dulu. Abah dan emak ajar aku berdikari. Tak menyusahkan org lain. Tapi aku tak tahu anak-anak aku kelak akan menyusahkan sesiapa pulak? Harap-harap dia juga tak menyusahkan, malah membantu orang lain pulak. Amin.....


0 Comments:
Post a Comment
<< Home