Thursday, June 29, 2006



Kehidupan mengajar kita siapa kawan dan lawan. Siapa musuh dan sahabat. Pengalaman mengajar kita erti kematangan dan kedewasaan dalam menilai setiap gerak perilaku yang di pamerkan. Sekali air berkocak, kita sudah mengerti itu musuh atau bukan. Kunyah dan hadamkan erti kehidupan ini perlahan-lahan. Supaya kita tidak tercekek oleh kilauan dan sogokan syaitan.


Belajar menggunakan senjata bukan bermakna kita mencari musuh. Senjata walau dalam bentuk apa sekalipun tidak merbahaya. Terpulang kepada kita menguruskannya. Apakah untuk kebaikan atau sebaliknya. Belajarlah menggunakan senjata. Kita tidak tahu bila musuh akan menyerang!!! Belajarlah agama, kita sudah tahu musuh agama sentiasa berada di mana-mana.



Aku sedang menyerang musuh !!!!



Bandit ini telah berjaya aku tawan. Dia telah kehabisan peluru. Yang pakai baju merah tu marshal. Marshal tu suruh bandit teruskan menembak tanpa peluru. Aku yang dapat mengagak bandit kehabisan peluru terus meluru dan menawan bandit tersebut.



Inilah pasukan yang telah berjaya merampas markas musuh. Tengah, Amirah Hasanain dan Ismail Jafar. Amirah telah ditawan oleh musuh. Ismail pula ditembak. Namun berpantang mati sebelum ajal. Aku berjaya menewaskan musuh walaupun tinggal seorang.



Seronok bawa anak2 ke Terengganu. Sutera Beach Resort. Alhamdulillah, kami sekeluarga setiap tahun akan pergi melancung. Rezeki. Bermusafir juga digalakkan dalam Islam.
Yang paling seronok ialah main paint ball. Teringat masa aktif wataniah dulu. So dapat juga guna skil2 yang masih ada. First game, kena tembak awal-awal lagi. Tak ada strategi. Tapi 2nd game aku dapat tawan seorang bandit dan membunuh 2 org bandit sekaligus.

Monday, June 12, 2006

Puuhhh!!! Lamanya tak menulis di blog ini. Nak buat macammana sibukkkk...Sepanjang berbulan2 tak menulis ni banyak juga peristiwa yang berlaku. Tak tulis sekarang dah lupa.
2.6.2006 Abg Din dari Johor datang rumah. Sempat makan tengahari. Sambil makan aku berbual dengan Abg Din pasal makcik sakit. Abg Din jawab "Sat lagi Pak pulak sakit". Perbualan itu mati disitu sahaja. Masing-masing meneruskan suapan. Rupa-rupanya takdir Allah, petangtu dapat berita Makcik meninggal. Innailillah Hi Wainna Ilaihirojiuun.
Berita terbaru ialah buku sulung aku nak keluar hujung bulan Jun ini. Semoga ianya menjadi titik tolak untuk aku terus menulis lagi. Insyaallah.


free hit counters