Puuhhh!!! Lamanya tak menulis di blog ini. Nak buat macammana sibukkkk...Sepanjang berbulan2 tak menulis ni banyak juga peristiwa yang berlaku. Tak tulis sekarang dah lupa.
2.6.2006 Abg Din dari Johor datang rumah. Sempat makan tengahari. Sambil makan aku berbual dengan Abg Din pasal makcik sakit. Abg Din jawab "Sat lagi Pak pulak sakit". Perbualan itu mati disitu sahaja. Masing-masing meneruskan suapan. Rupa-rupanya takdir Allah, petangtu dapat berita Makcik meninggal. Innailillah Hi Wainna Ilaihirojiuun.
Berita terbaru ialah buku sulung aku nak keluar hujung bulan Jun ini. Semoga ianya menjadi titik tolak untuk aku terus menulis lagi. Insyaallah.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home